Thursday, December 29, 2011

Padan Muka Aku

Sape suruh datang lambat. Kan dah kena tinggal. Tapi bukan tu masalahnya. Hahhah

Semalam sape tengok Tentang Dhia ? Hihi Actually aku tengok pun 3 episod last, memula tak layan sangat, tapi lepas bapak aku bukak baru ada terminat sikit.

Cerita tu memang best, tapi orang mcm Zikir dan Dhia tu masih wujud lagi ke kat dunia ni ?
Kalau tak wujud pun, lepas ni marilah kita semua sesama wujudkan ye dak.
Semalam, aku perasan ramai jugak yang update status fesbuk pasai cerita ni semalam. Lepas tu tadi, aku blogwalking, terjumpa pulak gambar ni. ( Tuan punya gambar, jangan marah haa) :)


Malam pulak aku tengok cerita ni kat tv3..



 Sebenarnya aku tak tau pun cerita ni ada 2 part. Patut pun masa hari pertama tayang aku rasa macam cerita ni tergantung je. Nasib baik ada kawan aku bagi tau. haha

Cerita ni boleh tahan lah, tergelak melak aku menengoknya, Banyak pengajaran dalam cerita dan yang paling penting trademarknya, All is Well

Kepada semua waktu berhibur juga kita hendaklah sentiasa ingat akan kewajipan kita sebagai orang Islam, supaya kita tak lalai. Barulah berkat hidup orang kata. (peringatan untuk diri sendiri sebenarnya)

Friday, December 2, 2011

Cerita pasal pelangi

Kadang kadang Allah sembunyikan matahari untuk turunkan ribut dan petir. Kita tertanya tanya, mana Allah sorokkan matahari, rupa rupanya Dia nak beri pelangi untuk kita.-Syurga Cinta

Sebagai manusia kita memang tak lari dari masalah. Oleh itu hadapilah setiap masalah itu dengan tenang. Kerana dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangan yang tak kita ketahui. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita, kerana Dialah yang mencipta kita secara keseluruhannya.

Nota plus plus: Masyarakat itu saling melengkapi. Kau kutuk aku, orang lain tolong balaskan. Kedai runcit jual megi, aku tolong beli. Makcik kantin mogok kat sekolah, aku bawak bekal dari rumah. ok, aku merapu lagi. 



Orang putih panggil ni Rainbow


Sekian,
Berhati hati ketika di shopping complex jalan raya.


Saturday, November 26, 2011

Najwa Latif


Haiii. Sihat semua ? Bagi yang tak sihat tu get well soon lah yea.

Hari ni merupakan hari lahir aku yang ke 18 tahun, maknanya lagi 3 tahun dah boleh mengundi, undi apa? Yang pasti bukan mengundi calon calon bakal suami yang mak aku pilih. Ok fine, cerita pasal mengundi pun nak gempak.

Cerita pasal hari lahir aku hari ni takdelah segerun mana. Aku just berguling guling atas katil sambil carik uban, orang tua tua kata kalau jumpa uban jangan cabut nanti makin banyak. Tapi idaklah aku 
tau betul ke tak, sebab aku belum beruban lagi. Teettt itu tipu.

Bangun pagi, (pagi ke?) aku pegi geledah fridge tak pulak aku jumpa kotak secret recipe mahupun eskrim kek baskin robin hood. Yang aku ketemu hanyalah dua keping roti canai yang ditemani kuah sardin cair dan kuah dal kuning keemasan.  Tu pun akak aku yang beli, lepas tu dia pegi keluar ke GM dengan family dia. Maka, tinggallah aku keseorangan dirumah ditemani bunyi kipas dan bunyi desiran hujan di musim tengkujuh. Bunyik macam hiperbola sikit. 


Chocolate indulgence ni fevret aku, sapa nak taja silalah. hihi


Ok, berbalik kepada tajuk di atas. Kenapa Najwa Latif, kenapa tak letak Bezita ke, Naruto ke, Keluang Man ke, Harry Potter ke, Nobita ke? Haha sukahati laki mak aku la nak letak tajuk hape pon.  :p

Alkisah Najwa Latif ni sebenarnya, malam tadi aku beli makanan nak bungkus bawak balik, ( orang bujang biasalah mengorder je retinya, heheh). Time aku menunggu, abang abang yang meniaga kat situ dok pakat nyanyi lagu cinta muka buku, lepas tu main jeling menjeling pulak dengan aku. Aku buat bodo je, yelah kan, mungkin sebab dorang baru lepas dengar lagu tu kat radio ke ataupun Najwa Latif baru lepas dinner kat situ ke, tu sebab dorang feeling lebih kat lagu tu.

Time nak bayar,

Encik Cashier: Rm 12.00 bersamaan 2 bungkus mee goreng basah dan 1 nasi goreng cendawan je dik.

Cik Pelanggan: Nah, hambik ni ( Sambil melemparkan senyuman separa gedik)

Encik Cashier: Adik ni Najwa Latif ke? (Terkezut, auww)

Cik Pelanggan: Eh takdelah ( sedikit menjerit dan ekspresi muka sedikit riak.)

Encik Cashier: Heheh (Perasan lah tu, OMG haha)


Lepas insiden tu terjadi, aku pon pegilah menunggang basikal aku balik kerumah sambil nyanyi lagu cinta muka buku tu kuat kuat. Abang tu punya pasai lah ni, kalau tak takdelah aku riak tahap dewa cam tu. Nasib tak langgar kereta.

Sebenarnya adalah beberapa manusia yang kata aku ni ada iras iras Najwa Latif, sebab tu skang ni aku dah malas keluar rumah pakai selandang lilit lilit. Kemain lagi. Hahah


Ni Aku (Serupe ke)



Ni baru Najwa Latif (Dia lagi lawa kot)












Kalau cik Najwa Latif ada terbaca ni, sorry yea. Hehehh
Cinta di muka buku~

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Rimau Malaya.

Hai

Sebelum memulakan entri hari ni, aku pun tak nak kalah dalam mengucapkan tahniah kepada team Harimau Malaya yg dah berjaya mendapatkan pingat emas dalam Sukan Sea di Indonesia bebaru ni. Semoga terus Berjaya, terus Berjaya, dan terus Berjaya. Heheheh aku sebenarnya tak berapa pandai dalam bab bab bagi ucapan tahniah ni. Aku rasa aku hanya pandai nyanyi selain bagi ucapan. Ngehehehe. Tapi hari ni aku takde mood nak nyanyi.
Dah tu je. Sekian, Terima Kasih.


Selamanya, selamanya, selamanya, selamanya.. Rimau Malaya. ! (korang nyanyi dalam hati je) :p

Mana entri nya?
Entah... :p

Sunday, June 5, 2011

Semalam

Ahad

Hari ni nampaknya ramai orang kawin

Tapi dapat 2 jemputan je

So kena pergi 2 sekali

Cuaca hari itu panass dan agak agak ada sedikit mendung berarak kelabu

Aku mula pening kerana orang ramai dan kerana cuaca panas

Ada pulak sesi karaoke masa tu

X payah lah nanti ramai pulak yang tempah aku nyanyi kat majlis kawin

Habis makan lepak sekejap dengan sedara

Mintak diri..

Pergi rumah lagi satu kali ni sunyi je

Sebab time tu jam 1.30

Hormat azan

Selamat jiwa dan ragaku daripada hiruk pikuk yg luar biasa

Makan lagi

Balikk.

Merdeka !


Saturday, June 4, 2011

wedding dream setahun jagung

Bila umur dah menginjak dewasa ni, macam macam nak difikirkan.. salah satunya kawin. Haha. Malu aku kat diri sendiri dan masyarakat. Ni nak cerita lah sikit tentang wedding dream aku. Terdiri drpd 10 dreaming yg akan aku terjemah dalam bentuk point point chinta. Kemain lagi kau yea. Haha

1. Nak adakan majlis khatam al Quran, marhaban, dan kalau tetiba ada anak buah aku baru lahir bolehlah sekali cukur jambul, x elok tamak buat majlis utk diri sendiri je. Panggillah sekali geng geng marhaban mak aku reramai. Haha

2.Masa nikah nak pakai baju kurung kaler krim, tapi x nak labuci bagai. Plain je, ala ala suci gitu. Groom mesti nak sedondon sekali, kalau x, x nak kawin dengan hang. :p

3.Lepas nikah, panggil org masjid buat kenduri doa selamat kat rumah aku. Ala ala lepas asar gitu. Jemput lah sedara mara, kawan dan jiran terdekat. Buat kenduri kecik kecik je, sekadar nak bagi tau yg aku dah nikah lepas zuhur tadi. B)

4.Bila malam, aku nak buat sesi suai kenal bersama keluarga dan sedara mara terdekat, tujuannya mestilah nak kenalkan suami aku kan, x kan nak kenalkan aku pulak. Cewah !. Haha, x pun buat contest teka teka hadiah, sapa salah teka bagi aku rm100, pedulik apa.. Aku kan raja sehari, sesiapa ingkar akan kena halau. Haha.kejam x.kejam x. Tapi, macam ada je org nak bagi bagi aku hadiah segala. Haha touching pulak.

5.Last but not least..I x kisah the groom nak buat apa kat the bride,sebab tempat seorang isteri kan di sisi suami, I ikut je. Hohohoh gelak gatal sambil menggaru kaki sebab nyamuk gigit*

6. Biarlah org yang menikah dgn aku tu sambung, nanti buat sampai habis kang, nampak sangat aku ni gila kuasa dan tamak haloba. Haha
Sekian.


p/s: Ini sekadar dreaming je, segala pindaan kelak akan diberitahu. Haha



Mendirikan sebuah masjid bukan semudah mendirikan sebuah bangunan pencakar langit. Penyumbangnya, haruslah ikhlas, dan sentiasa menjadikan Islam itu sebagai batu asas dan tiang pembinaannya supaya masjid itu tetap teguh berdiri bersama keredhaan-Nya