Monday, May 14, 2012

Entri Sempena Hari Ibu


Assalamualaikum dan salam kasih sayang

Sebenarnya, bagi aku sambut hari ibu ni bukan spesifik pada satu hari je, bila bila pun boleh sambut. Ye tak..


Tapi dah ramai orang sibuk sambut maka aku pun nak sibuk sibuk tulis pasal ibu kat blog aku ni. 


Tapi jugak, at least dapat lah aku buat entri utk hari ibu, kalau hari hari ialah hari ibu tak ke masak aku nak menyediakan satu entri satu hari.. ahh sudah, bukan org pedulik. huhuhuh


Sebenarnya takdelah nak cerita pasal kisah ibu aku ke, pasal ibu kau ke, hape ke...

Aku cuma nak berterima kasih kepada ibu aku, ibu orang lain, ibu negara kuala lumpur dan lain lain ibu kerana telah sedikit sebanyak berjaya menjadi ibu yang terbaik buat anak anak.. yang tak berjaya tu takpelah, esok lusa atau tahun depan boleh cuba lagi. Hikhikhik



Aku juga ingin menyatakan rasa syukur yang teramat kerana memiliki seorang ibu yang telah banyak berjasa pada aku dan yang telah mengorbankan seluruh hidupnya buat aku dan adik beradik aku yang  lain. Aku pun belum tentu lagi boleh buat mcm tu, yelah kalau tak bukak fb sehari pun hidup macam tak lengkap.. mak aku takde fb pun steady je.. ceh takdelah.  (sebenarnya apa kena mengena dgn fB? Meracau betul hahah)


So kalau dah namanya ibu sewajarnya lah kita sebagai anak
  • ·         Menghargainya dengan setulus hati
  • ·         Sentiasa mendoakan kesejahteraannya
  • ·         Mengisi masa lapang dia jangan dibiarkan dia sunyi
  • ·         Menjaga hati dan perasaan dia
  • ·         Menjaga kebajikan dia
  • ·         Bawak balik menantu yang disukai ( penting tu.. plislah. Haha)
  • ·         Dan sebagainya..
Tahun ni jugak aku dah kehilangan bapak. So pada sume, doakanlah bapa aku tenang di sana dan mak aku tabah menjalani hidup setelah kehilangan insan yang dia cintai.

Aku harap satu hari nanti aku dapat mencontohi ibu aku kerana telah menjadi ibu yang..

  • ·         Cool bila aku tak lulus exam. Lepas tu, selalu suruh aku sentiasa cuba dan terus mencuba.
  • ·         Bila aku balik sekolah tak biar aku kelaparan.
  • ·         Steady je marah aku bila aku buat sepah kat rumah. Hahahah
  • ·         Dan sebagainya. ( nanti lelebih, mak aku baca kang dia maluu pulak) hahaha


Selain itu, aku juga berharap dapat mencontohi ibu aku kerana telah menjadi seorang isteri yang..

  • ·         Sentiasa setia disisi suami tidak kira susah atau senang
  • ·         Sentiasa redha dan terima atas apa yang telah dialaminya
  • ·         Tetap bersama suami disaat akhir hidupnya di hospital
  • ·         Tak lekang bibirnya dari mendoakan dan bersedekah buat suaminya
  • ·         Dan sebagainya jugak


Aku harap aku dapat mencontohi ibu aku lepas ada anak nanti.  belum ada anak pun aku contohi jugak. Haha :p


Lepas baca balik, aku baru sedar aku tulis ibu je.. padahal aku panggil ibu aku mak.
Tak romantik langsung panggil ibu. Hahaha.
Lagi satu, bila sebenarnya tarikh hari ibu ni? hahah



P/s: AlFatihah Taharudin Sulaiman.