Saturday, December 15, 2012

Crazy Lazy Sunday

Assalamualaikum dan Selamat Hari Ini.

First of all, tajuk diatas adalah kemain.

Tapi memang betul pun apa yg dikatakan oleh tajuk tu, hari ahad merupakan hari malas malasan aku dan mungkin korang jugee *bajet ada org baca*. Tapi tak hari ahad pun aku tetap malas. Tapi tak bermakna aku tak boleh dijadikan bini. haahahaha*sila gelak monyet.
Banyak jugak tapi nya. huhu

Sampai sini je dah takde idea.
Ok lah nak tarik diri dulu. hahaha
Tata titu



Monday, May 14, 2012

Entri Sempena Hari Ibu


Assalamualaikum dan salam kasih sayang

Sebenarnya, bagi aku sambut hari ibu ni bukan spesifik pada satu hari je, bila bila pun boleh sambut. Ye tak..


Tapi dah ramai orang sibuk sambut maka aku pun nak sibuk sibuk tulis pasal ibu kat blog aku ni. 


Tapi jugak, at least dapat lah aku buat entri utk hari ibu, kalau hari hari ialah hari ibu tak ke masak aku nak menyediakan satu entri satu hari.. ahh sudah, bukan org pedulik. huhuhuh


Sebenarnya takdelah nak cerita pasal kisah ibu aku ke, pasal ibu kau ke, hape ke...

Aku cuma nak berterima kasih kepada ibu aku, ibu orang lain, ibu negara kuala lumpur dan lain lain ibu kerana telah sedikit sebanyak berjaya menjadi ibu yang terbaik buat anak anak.. yang tak berjaya tu takpelah, esok lusa atau tahun depan boleh cuba lagi. Hikhikhik



Aku juga ingin menyatakan rasa syukur yang teramat kerana memiliki seorang ibu yang telah banyak berjasa pada aku dan yang telah mengorbankan seluruh hidupnya buat aku dan adik beradik aku yang  lain. Aku pun belum tentu lagi boleh buat mcm tu, yelah kalau tak bukak fb sehari pun hidup macam tak lengkap.. mak aku takde fb pun steady je.. ceh takdelah.  (sebenarnya apa kena mengena dgn fB? Meracau betul hahah)


So kalau dah namanya ibu sewajarnya lah kita sebagai anak
  • ·         Menghargainya dengan setulus hati
  • ·         Sentiasa mendoakan kesejahteraannya
  • ·         Mengisi masa lapang dia jangan dibiarkan dia sunyi
  • ·         Menjaga hati dan perasaan dia
  • ·         Menjaga kebajikan dia
  • ·         Bawak balik menantu yang disukai ( penting tu.. plislah. Haha)
  • ·         Dan sebagainya..
Tahun ni jugak aku dah kehilangan bapak. So pada sume, doakanlah bapa aku tenang di sana dan mak aku tabah menjalani hidup setelah kehilangan insan yang dia cintai.

Aku harap satu hari nanti aku dapat mencontohi ibu aku kerana telah menjadi ibu yang..

  • ·         Cool bila aku tak lulus exam. Lepas tu, selalu suruh aku sentiasa cuba dan terus mencuba.
  • ·         Bila aku balik sekolah tak biar aku kelaparan.
  • ·         Steady je marah aku bila aku buat sepah kat rumah. Hahahah
  • ·         Dan sebagainya. ( nanti lelebih, mak aku baca kang dia maluu pulak) hahaha


Selain itu, aku juga berharap dapat mencontohi ibu aku kerana telah menjadi seorang isteri yang..

  • ·         Sentiasa setia disisi suami tidak kira susah atau senang
  • ·         Sentiasa redha dan terima atas apa yang telah dialaminya
  • ·         Tetap bersama suami disaat akhir hidupnya di hospital
  • ·         Tak lekang bibirnya dari mendoakan dan bersedekah buat suaminya
  • ·         Dan sebagainya jugak


Aku harap aku dapat mencontohi ibu aku lepas ada anak nanti.  belum ada anak pun aku contohi jugak. Haha :p


Lepas baca balik, aku baru sedar aku tulis ibu je.. padahal aku panggil ibu aku mak.
Tak romantik langsung panggil ibu. Hahaha.
Lagi satu, bila sebenarnya tarikh hari ibu ni? hahah



P/s: AlFatihah Taharudin Sulaiman.


Thursday, March 8, 2012

Honeymooooon

Kali ni aku nak tunjuk 5 tempat paling hot untuk honeymoon tak pun bercuti dengan family pong boleh., ni pada pandangan aku k.  layaaan

                                                                1.Ladang Lavender.


waa~ bestnyer



                                                                     2.Pulau Sipadan, Sabah


Sampai sini, gerenti aku terus terjun




3.Tasik Kawah/Kaldera




agak agak ada tak ikan arowana ataupun raksasa mcm lochness. (ejaan x tau, haha)

   
4. Langkawi

Tempat helang bertenggek

waaa~ nak naik lagii

 
5.Giza, Mesir

nak naik unta.nak naik unta. haha

Actually, ladang lavender dengan tasik kawah tu aku tak tau pon kat mana. haha
Gambar, adalah cedokan drpd google.
Sekian Terima Kasih Daun Limau Purut

Wednesday, February 1, 2012

Memahami

Kalau dulu, kita selalu ada sahabat disisi, yang selalu bersama kita dikala susah atau senang..

Tapi, lama kelamaan kita juga perlu sedar yang sahabat tu tak selalu ada untuk kita.. 

Dia juga perlu ada life sendiri, dia takkan selamanya akan berada disisi kita.. memang itulah yang sepatutnya


Ada masa kita sememangnya perlu bergerak sendiri, supaya kita tak menjadi beban atau apa saja yang boleh buat orang bosan dengan kita.


Yang penting, Allah itu sentiasa ada untuk kita untuk mendengar rintihan, permintaan dan segalanya drpd kita. :)