Thursday, December 29, 2011

Padan Muka Aku

Sape suruh datang lambat. Kan dah kena tinggal. Tapi bukan tu masalahnya. Hahhah

Semalam sape tengok Tentang Dhia ? Hihi Actually aku tengok pun 3 episod last, memula tak layan sangat, tapi lepas bapak aku bukak baru ada terminat sikit.

Cerita tu memang best, tapi orang mcm Zikir dan Dhia tu masih wujud lagi ke kat dunia ni ?
Kalau tak wujud pun, lepas ni marilah kita semua sesama wujudkan ye dak.
Semalam, aku perasan ramai jugak yang update status fesbuk pasai cerita ni semalam. Lepas tu tadi, aku blogwalking, terjumpa pulak gambar ni. ( Tuan punya gambar, jangan marah haa) :)


Malam pulak aku tengok cerita ni kat tv3..



 Sebenarnya aku tak tau pun cerita ni ada 2 part. Patut pun masa hari pertama tayang aku rasa macam cerita ni tergantung je. Nasib baik ada kawan aku bagi tau. haha

Cerita ni boleh tahan lah, tergelak melak aku menengoknya, Banyak pengajaran dalam cerita dan yang paling penting trademarknya, All is Well

Kepada semua waktu berhibur juga kita hendaklah sentiasa ingat akan kewajipan kita sebagai orang Islam, supaya kita tak lalai. Barulah berkat hidup orang kata. (peringatan untuk diri sendiri sebenarnya)

Friday, December 2, 2011

Cerita pasal pelangi

Kadang kadang Allah sembunyikan matahari untuk turunkan ribut dan petir. Kita tertanya tanya, mana Allah sorokkan matahari, rupa rupanya Dia nak beri pelangi untuk kita.-Syurga Cinta

Sebagai manusia kita memang tak lari dari masalah. Oleh itu hadapilah setiap masalah itu dengan tenang. Kerana dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangan yang tak kita ketahui. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita, kerana Dialah yang mencipta kita secara keseluruhannya.

Nota plus plus: Masyarakat itu saling melengkapi. Kau kutuk aku, orang lain tolong balaskan. Kedai runcit jual megi, aku tolong beli. Makcik kantin mogok kat sekolah, aku bawak bekal dari rumah. ok, aku merapu lagi. 



Orang putih panggil ni Rainbow


Sekian,
Berhati hati ketika di shopping complex jalan raya.