Saturday, November 26, 2011

Najwa Latif


Haiii. Sihat semua ? Bagi yang tak sihat tu get well soon lah yea.

Hari ni merupakan hari lahir aku yang ke 18 tahun, maknanya lagi 3 tahun dah boleh mengundi, undi apa? Yang pasti bukan mengundi calon calon bakal suami yang mak aku pilih. Ok fine, cerita pasal mengundi pun nak gempak.

Cerita pasal hari lahir aku hari ni takdelah segerun mana. Aku just berguling guling atas katil sambil carik uban, orang tua tua kata kalau jumpa uban jangan cabut nanti makin banyak. Tapi idaklah aku 
tau betul ke tak, sebab aku belum beruban lagi. Teettt itu tipu.

Bangun pagi, (pagi ke?) aku pegi geledah fridge tak pulak aku jumpa kotak secret recipe mahupun eskrim kek baskin robin hood. Yang aku ketemu hanyalah dua keping roti canai yang ditemani kuah sardin cair dan kuah dal kuning keemasan.  Tu pun akak aku yang beli, lepas tu dia pegi keluar ke GM dengan family dia. Maka, tinggallah aku keseorangan dirumah ditemani bunyi kipas dan bunyi desiran hujan di musim tengkujuh. Bunyik macam hiperbola sikit. 


Chocolate indulgence ni fevret aku, sapa nak taja silalah. hihi


Ok, berbalik kepada tajuk di atas. Kenapa Najwa Latif, kenapa tak letak Bezita ke, Naruto ke, Keluang Man ke, Harry Potter ke, Nobita ke? Haha sukahati laki mak aku la nak letak tajuk hape pon.  :p

Alkisah Najwa Latif ni sebenarnya, malam tadi aku beli makanan nak bungkus bawak balik, ( orang bujang biasalah mengorder je retinya, heheh). Time aku menunggu, abang abang yang meniaga kat situ dok pakat nyanyi lagu cinta muka buku, lepas tu main jeling menjeling pulak dengan aku. Aku buat bodo je, yelah kan, mungkin sebab dorang baru lepas dengar lagu tu kat radio ke ataupun Najwa Latif baru lepas dinner kat situ ke, tu sebab dorang feeling lebih kat lagu tu.

Time nak bayar,

Encik Cashier: Rm 12.00 bersamaan 2 bungkus mee goreng basah dan 1 nasi goreng cendawan je dik.

Cik Pelanggan: Nah, hambik ni ( Sambil melemparkan senyuman separa gedik)

Encik Cashier: Adik ni Najwa Latif ke? (Terkezut, auww)

Cik Pelanggan: Eh takdelah ( sedikit menjerit dan ekspresi muka sedikit riak.)

Encik Cashier: Heheh (Perasan lah tu, OMG haha)


Lepas insiden tu terjadi, aku pon pegilah menunggang basikal aku balik kerumah sambil nyanyi lagu cinta muka buku tu kuat kuat. Abang tu punya pasai lah ni, kalau tak takdelah aku riak tahap dewa cam tu. Nasib tak langgar kereta.

Sebenarnya adalah beberapa manusia yang kata aku ni ada iras iras Najwa Latif, sebab tu skang ni aku dah malas keluar rumah pakai selandang lilit lilit. Kemain lagi. Hahah


Ni Aku (Serupe ke)



Ni baru Najwa Latif (Dia lagi lawa kot)












Kalau cik Najwa Latif ada terbaca ni, sorry yea. Hehehh
Cinta di muka buku~

1 comment:

  1. Mencari Yuna & Najwa Latif 'look alike' untuk video klip band baru Luncai Emas. Shooting Sabtu 24/3 ini di Bangi, ada token dari Luncai Emas. Sesiapa berminat nak rekemen kawan atau diri sendiri, sila email profil & gambar ke adlieffendy@gmail.com URGENT. Terima kasih - juruvideo.blogspot.com

    ReplyDelete